APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KEHEBATAN LEMON MYRTLE



Nama Botani : Backhousia Ciriodora
Nama Biasa : Serai Pedas


Ia ditanam secara komersial di Queensland dan pantai utara New South Wales, Australia. Ia merupakan sejenis tanaman industri yang penting di Australia. 

Di Malaysia tanaman ini belum begitu meluas. Ladangnya ada diusahakan di Kuala Linggi dan Sekinchan.
Aroma dan rasa lemon myrtle menyerupai campuran limau, serai dan lemon. Daun lemon myrtle mengandungi sitral yang paling tinggi iaitu 90 hingga 98 peratus berbanding serai sebanyak 75 peratus dan lemon hanya empat peratus yang boleh dijadikan minuman, makanan kesihatan, perisa makanan serta produk penjagaan diri selepas dikeringkan.
Antara produk yang telah dikeluarkan berasaskan lemon myrtle seperti teh campuran lemon myrtle, sabun mandi, syampu, aroma terapi, pewangi kenderaan, losyen, minyak wangi, bahan perisa dan lain-lain lagi.
Berdasarkan kajian, sitral mempunyai fungsi sebagai antioksida yang tinggi serta antibakteria dan mikrob.
Minyak yang diekstrak daripada lemon myrtle yang tulen mengandungi co-efficient pada skala 16, lebih tinggi berbanding eucalyptus dan minyak pokok teh.




Comments